Kepada
Ibu Bapa dan Penjaga
SK (2) Jalan Bukit,
1. SUMBANGAN PIBG
1.1 Mesyuarat Agung PIBG telah sebulat suara bersetuju memutuskan bayaran sumbangan PIBG bagi Tahun 2012 adalah sebanyak RM50.00 bagi satu keluarga.
1.2 Pembayaran boleh dibuat kepada guru kelas masing-masing dengan kadar segera atau sebelum 30 April 2012 agar semua program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar.
1.3 Jika ada adik-beradik yang lain di sekolah ini , pembayaran dibuat kepada guru kelas anak tertua.
2. SEKOLAH GANTI SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA
Tarikh : 21 April 2012
Jadual : Jumaat
3. T-SHIRT SUKAN (HARGA RM11.00)
3.1 Sila bayar melalui guru kelas masing-masing selewat-lewatnya 30 April 2012
4. KEPUTUSAN UJIAN I
Ibu bapa boleh mendapat slip keputusan murid tahun 3 hingga tahun 6 melalui laman web SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH dialamat saps.moe.gov.my/ibubapa2/index.php. Untuk Log in Masuk gunakan no. mykid atau no. sijil lahir/kp.
Sekian. Untuk makluman ibu bapa
Yang menjalankan tugas,
BORANG JAWAPAN
BAYARAN SUMBANGAN PIBG
Bersama ini disertakan bayaran sumbangan PIBG bagi Tahun 2012 berjumlah RM50.00 bagi satu keluarga.
1. NAMA BAPA/IBU/PENJAGA :________________________________________________________
2. NAMA ANAK 1 :___________________TAHUN: ______________
NAMA ANAK 2: ___________________TAHUN: ______________
NAMA ANAK 3: ___________________TAHUN:______________
Yang benar,
_____________________ Tarikh: _________________
(t/t ibubapa / penjaga)