EMAIL DAN NO PHONE

ALAMAT SEKOLAH: JALAN BUKIT, 43000 KAJANG SELANGOR
NO PHONE & FAX : 0387331516
EMAIL : BBB4030@btpnsel.edu.my

28 January 2011

CUTI TAHUN BARU CINA

SELAMAT TAHUN BARU CINA BUAT SEMUA YANG BERBANGSA CINA
SEMPENA TAHUN BARU CINA, SK(2) JALAN BUKIT AKAN BERCUTI SELAMA SEMINGGU.
  • Hari Isnin (31/1/2011) - Cuti berganti
  • Hari Selasa (1/2/2011) -Cuti berganti
  • Hari Rabu (2/2/2011) - Cuti Peristiwa
  • Hari Khamis & Jumaat (3 &4/1/2011) - Cuti sempena Tahun baru cina
Sekolah akan dibuka semula pada 7/1/2011. Harap maklum.

22 January 2011

MERENTAS DESA

akan diadakan pada 28 Januari 2011.
Semua murid tahun 3,4,5 dan 6 diwajibkan untuk menyertai aktiviti ini.
Murid yang terlibat dikehendaki memakai pakaian sukan.
OBJEKTIF :
  • memenuhi takwim sekolah untuk mengadakan aktiviti merentas desa sebagai acara tahunan
  • menambahkan ilmu pengetahuan pelajar tentang alam sekitar.
  • memupuk semangat kerjasama dalam kalangan warga sekolah dalam mengendalikan sesuatu acara besar.
  • mewujudkan kerjasama pihak luar terutama agensi disekitar sekolah.
  • membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan seterusnya membentuk warga sk2jb yang cergas.
  • memberi peluang kepada semua murid terlibat dalam aktiviti sukan
  • memberi peluang kepada rumah sukan untuk mengutip mata rumah
  • menyemai semangat berjuang dan melatih murid mematuhi peraturan
  • memilih wakil sekolah untuk bertanding peringkat daerah.

PENGENALAN TREK MERENTAS DESA

akan diadakan pada 26 Januari 2011. Semua murid dikehendaki memakai pakaian sukan pada hari tersebut

21 January 2011

PELANTIKAN 2011

Pelantikan untuk
  • Pengawas Sekolah
  • Pengawas Pusat Sumber
  • Pengawas Makmal Komputer
  • Ketua dan Penolong ketua kelas
akan diadakan pada 24 Januari 2011( Isnin)

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH 2011

Akan diadakan pada 22 Januari 2011 di Dewan SK (2) Jalan bukit.
Objektifnya adalah untuk :
  1. Melatih pelajar bertugas sebagai pembimbing dan pemimpin.
  2. Menyemai bakat kepimpinan di kalangan pelajar yang berbakat.
  3. Menjadikan seorang pelajar yang boleh membahagikan masa dalam menjalankan tugas dan belajar.
  4. Mahir dalam pengucapan awam khasnya menggendalikan majlis rasmi.

SEKOLAH GANTI

22 JANUARI 2011 merupakan sekolah ganti sempena Cuti Tahun Baru Cina. Mengikut jadual hari Isnin. Harap maklum.

01 January 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Selamat tahun baru buat semua.
Semoga Tahun 2011 lebih baik dari tahun 2010